KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul susulan pengambilan untung pada Selasa.
Penganalisis berkata bursa tempatan menongkah aliran serantau yang kebanyakannya mencatatkan prestasi rendah apabila pelabur masih meneliti keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pada Rabu yang memutuskan kadar faedah utama dikekalkan tidak berubah.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.33 mata atau 0.28 peratus kepada 1,580.30 daripada 1,575.97 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks penanda aras dibuka satu mata lebih rendah kepada 1,574.97 dan bergerak di antara 1,574.27 dengan 1,582.68 sepanjang dagangan hari ini.
Walau bagaimanapun, bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 620 berbanding 530, manakala 464 kaunter tidak berubah, 676 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 3.81 bilion unit bernilai RM3.06 bilion daripada 4.18 bilion unit bernilai RM3.75 bilion pada Selasa.
Peniaga berkata Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini sebelum mengalami pergerakan bercampur-campur pada pertengahan pagi apabila indeks barometer bergerak ke wilayah positif dan seterusnya ditutup tinggi, disokong oleh belian dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama bergerak dalam aliran lebih rendah berikutan petunjuk bercampur-campur dari Wall Street dalam tempoh semalaman.
Beliau berkata namun begitu, bursa Hong Kong mencatatkan kenaikan kukuh apabila pelabur menyambut baik pemansuhan sekatan tambahan ke atas pasaran hartanah.
Pada masa sama, pembuat kenderaan elektrik China meningkat ketara selepas mencatatkan angka penghantaran yang kukuh untuk April, dengan Nio Inc mendahului peningkatan itu dengan penghantaran naik lebih sekali ganda daripada tahun lepas, katanya.
"Di peringkat domestik, pandangan kami terhadap pasaran ekuiti tempatan kekal optimis, disokong oleh penilaian yang menarik dan aliran masuk asing yang stabil.
"Oleh itu, kami menjangkakan indeks penanda aras bergerak dalam julat 1,580 hingga 1,590 menjelang hujung minggu ini," katanya kepada Bernama.
Pasaran ditutup pada Rabu susulan cuti umum Hari Pekerja.
Di peringkat rantau, Nikkei 225 Jepun susut 0.10 peratus kepada 38,236.07; Kospi Korea Selatan turun 0.31 peratus kepada 2,683.65 dan Indeks SSE Composite China kurang 0.26 peratus kepada 3,104.82.
Indeks Hang Seng Hong Kong melonjak 2.50 peratus kepada 18,207.13 dan Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.07 peratus kepada 3,294.87.
Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi Maybank menambah lima sen kepada RM9.78; CIMB naik tiga sen kepada RM6.64 dan Tenaga Nasional menokok enam sen kepada RM12.02.
Public Bank susut dua sen kepada RM4.10 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.33.
Bagi saham aktif, MyEG turun tiga sen kepada 90.5 sen; waran Iconic Worldwide kurang setengah sen kepada empat sen; Top Glove dan Velesto masing-masing susut satu sen kepada 87 sen dan 26 sen manakala Binapuri kekal pada 7.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 23.83 mata kepada 11,896.09; Indeks FBMT 100 meningkat 22.10 mata kepada 11,524.83; Indeks FBM Emas Syariah menambah 27.65 mata kepada 12,113.59 dan Indeks FBM ACE naik 30.98 mata kepada 5,107.68.
Indeks FBM 70 susut 7.06 mata kepada 16,614.19.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 29.11 mata kepada 17,243.26; Indeks Perladangan naik 18.43 mata kepada 7,455.19 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.89 mata kepada 190.03 serta Indeks Tenaga turun 11.72 mata kepada 963.94.
Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 2.14 bilion unit bernilai RM2.70 bilion daripada 2.82 bilion unit bernilai RM3.41 bilion pada Selasa.
Jumlah dagangan waran melonjak kepada 1.19 bilion unit bernilai RM157.99 juta daripada 865.71 juta unit bernilai RM125.79 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 478.56 juta saham bernilai RM196.65 juta daripada 500.90 juta saham bernilai RM207.06 juta pada Selasa.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 433.19 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (385.15 juta), pembinaan (176.61 juta), teknologi (300.75 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (106.14 juta), hartanah (235.76 juta), perladangan (53.11 juta), REIT (18.41 juta), dana tertutup (38,000), tenaga (149.53 juta), penjagaan kesihatan (117.42 juta), telekomunikasi dan media (50.14 juta), pengangkutan dan logistik (33.91 juta), utiliti (73.75 juta) serta amanah perniagaan (2.97 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.33 mata atau 0.28 peratus kepada 1,580.30 daripada 1,575.97 ketika ditutup pada Selasa. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
FBM KLCI di paras tertinggi sejak Mac MAC 2022, penurunan kadar dijangka dorong sentimen global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 7.88 mata kepada 1,611.11 berbanding 1,603.23 semasa ditutup semalam, menandakan paras tertingginya sejak Mac 2022.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri peningkatan dua hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.65 mata atau 0.17 peratus kepada 1,603.23 berbanding 1,605.88 semasa ditutup semalam.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting
Dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu sementara menunggu pengumuman penting.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, melepasi paras 1,602
Sokongan berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan.